Makna dan falsafah Avatara

Bhagavad Gita

Konsep Avatar telah dikemukakan dengan jelas dalam Bhagavad Gita. Krishna sebagai perantara Tuhan Yang Maha Esa dalam Bhagavad Gita bersabda:

"Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata 'abhyutthānam adharmasya tadātmanam srjāmy aham

paritrānāya sādhūnām vināśāya ca duskrtām 'dharma samsthāpanarthāya sambavāmi yuge yuge"(Bhagavad Gītā, 4.7-8)

Maksud: Manakala kebenaran merosot dan kejahatan bermaharajalela, pada saat itulah Aku akan menjelma di dunia, wahai keturunan Bharata (Arjuna) untuk menyelamatkan orang-orang saleh dan membinasakan orang jahat dan menegakkan kembali kebenaran, Aku sendiri menjelma dari zaman ke zaman.

Devī Māhātmyam

Konsep avatar juga disebut dalam Devī Māhātmyam, di mana Devī bersabda:

"bhrāmarīti ca māṃ lokās tadā stoṣyanti sarvataḥ 'ittham yadā yadā bādhā dānavotthā bhaviṣyati (54)

tadā tadāvatīryāham kariṣyāmyarisakṣyam" (55)

Maksud : "Dan maka, orang akan memuji-Ku sebagai Bhrāmarī. Demikian, bila-bila masalah timbul disebabkan kedatangan orang jahat, Aku akan menjelma dan memusnahkan musuh-musuh."

Syarat-syarat kemunculan Avatar

Selepas mencipta dunia, Tuhan menetapkan hukum kosmik yangdikenali sebagai ṛta, satya atau dharma. Hukum kosmik atau ṛta yang menjadipanduan kepada manusia dikenali sebagai satya (kebenaran). Kehidupan yangberpandukan kepada satya menjadi dharma (kebaikan). [7]

Oleh kerana minda manusia dihasilkan oleh tiga Guṇa(iaitu sifat) yakni sattva, rajas dan tamas, ia mudah berubah. Pada mulanya,manusia akan lebih cenderung kepada sifat sattva dan secara semula jadi merekamengikuti dharma. Maka, kehidupan di bumi akan lebih aman dan damai. Secara beransur-ansur,sifat-sifat rajas dan tamas mula bertambah. Ini menyebabkan kejahatan bertambahdan ia mula mengganggu keseimbangan. Kejahatan atau adharma mulabermaharajalela, mengatasi kebaikan. Pada saat-saat kritikal begini, Tuhan turun kebumi dalam rupa manusia (atau rupa separa manusia) untuk menegakkan kebaikanatau dharma.[8]

Meskipun, tujuan utama avatara ialah untuk menegakkandharma, Avatara juga menghukum atau menghapuskan kejahatan, dan melindungiorang-orang baik.[9]

Menurut falsafah Vedanta, Tuhan menjelma sebagai dunia dan Ia MahaBerkuasa dan Mutlak. Maka, doktrin avatara merupakan sesuatu yang logikal dansemulajadi.[10]

Rujukan

WikiPedia: Avatara http://www.comparativereligion.com/avatars.html http://www.gaudiya.com/image/manifestations.gif http://www.gaudiya.com/index.php?topic=theology http://www.krishna.com/node/603 http://www.srivaishnavam.com/stotras/dasavatharam_... http://www.virtuescience.com/i-am-the-one-and-only... http://www.veda.harekrsna.cz/encyclopedia/avatars.... http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/Religions/Ava... http://www.salagram.net/Dasavatara-page.htm http://encyclopediaofauthentichinduism.org/article...